Wednesday, 18 October 2017

TEMUKANNYA YG LEBIH SEMPURNA

Mr H.. Aku pernah tulis entry pasal mamat ni 2years ago.. And now, dah setahun pun kiteorg break.. 

Mr H.. Bahasa dia cukup kasar.. Dalam hidup dia, almost everything dia pernah buat.. Apa yg dia pernah buat dan tak pernah, aku tak boleh sebut.. 

Tapi, aku akan cerita betapa susahnya dia nak terima aku dalam hidup dia.. Gantikn tempat ex kesayangan dia, Ms I.. 

Masa awal bulan 8 tahun 2014, aku kenal mamat ni.. And start dari tu, mata aku kerap bengkak menangis.. Mau tidak, mamat ni panas baran kot.. Semua benda kena ikut cita rasa dia.. Kena sentiasa alert apa yg dia suka dan tak suka.. 

Sepanjang aku hidup dengan dia, aku diherdik dimaki dicaci dihina dengan panggilan Perempuan sundal, Babi, Pukimak, Sial, Perempuan murahan, dll.. Tapi still, aku mampu lagi senyum dalam tahan nak menangis depan dia.. Why?? Kalau aku menangis, lagi teruk dia seksa dan tekan jiwa perasaan aku..

Pernah masa zaman dip kat segamat, dia akan selalu call tgh malam.. Katanya tak boleh tidur dan paksa aku on call dgn dia teman dia sampai dia mengantuk.. Even aku kata aku kena tidur sebab esuk ada kelas seawal pukul 8 atau ada kuiz, ada dia kisah??

Masa tahun 2014, aku teman pepagi dia gi shah alam utk amik sijil diploma dia kat kolej.. Yela, masa tu kiranya aku la girlfriend paling gemuk pernah dia ada.. And sampai sekarang, aku juara dlm kategori tu ahahahhaa.. Kena maki dan hina kot masa tu.. Sebabnya setiap kali lalu dekat jalan yg tak rata atau blubang, motor dia akan thentak kuat.. Dan ayat yg almost buat aku menangis masa atas motor tu adalah, "Kau gi kuruskan badan kau la babi! Jahanam motor aku!!".. Sampai tahap dia suruh aku naik ktm pi pdg jawa then dia pickup aku kat sana.. 

Banyak lg moment2 perit telinga yg mustahil aku lupa.. Tapi ada 2 ni yg buat aku decided aku dah tak mampu nk stay strong beside him..

Masa kakak perempuan tu kahwin...
Dia pergi kenduri tu senyap2.. Yes, memang hak dia sebab aku bukan bini dia.. Tapi hari semalamnya aku dah tanya tapi katanya tak pergi pun.. Ahhhhh, mmbonggak je.. Pergi jugak! Siap selfie sama, siap bagi coklat and dia cerita dia cakap dgn perempuan tu masa dia bg that coklat, " U makan coklat ni. U hadam elok2. Sambil tu ingat balik kenangan kita" Lebih kurg gitu la ayat yg dia ckp kat perempuan tu.. And dia cerita kat aku tanpa rasa bsalah.. Dgn aku, bukanlah aku hadap sgt coklat yg aku boleh beli kat stesen minyak tp aku yg byk bsabar layan caci maki hinaan sepak terajang dia pun tak pernah seelok tu layan yg aku dapat.. Makan minum shoppingg semua keluar dr wallet aku.. Semata nak pikat hati dia..

"Nak jadi apa?? Pelacur??"
Sejak dr dia sebut perkataan ni, saat tu la aku rasa aku dah sampai ke max limit aku.. Sebab dia pernah bkali2 n lama mganggur.. Makan minum pakai dia aku bagi.. Tk pernah pulak aku tanya mcm tu dgn dia.. Kita call dia elok2 siap tanya dulu busy atau tdk sebab ada benda nak tanya pendapat (samada nak teruskan atau tdk dgn dip akaun aku masa tu.. rasa takleh nk bawak dah).. Tapi soalan hina tu yg aku dpt.. Aku terus speechless masa tu and matikn call.. Lepas sebulan, masa sem break aku decide break sb aku rasa aku penghalang kejayaan dia.. Sentiasa tcari2 dia masa dia busy kerja.. Always bgantung pd dia dan bodoh pada dia... 

Boleh dikatakan, dia teman lelaki dari neraka yg pernah aku jumpa dan mungkin takkan jumpa lagi sebab mungkin ini la satu2nya lelaki dari neraka yg ada dlm dunia ni.. Setakat ni..

Tapi, dalam kasar dn caci maki dia, akan ada satu break time yg dia akan guna saat tu utk being sweet n cute enough utk buat aku maafkan dan sayang dia balik..

And yeah, until now, hati aku hancur remuk hasil drpd caci maki hinaan dan sakit yg dia tinggalkan.. Sampai aku tak boleh nak cari ganti.. Tak semudah itu.. Tak semudah yg disangka.. Dan tak semudah seperti dia yg dah dapat yg baru.. Meskipun dia kata tak boleh go dengan perempuan tu, at least still dia dah ada someone after me.. Tak macam situasi yg aku hadap.. Org kata, "Rawat hati sendiri"

Aku tak pernah terpikir yang sesusah ni aku nak move on.. Well, kau bukan hensem mana.. Harta dn pangkat pun tak ada.. Tapi, doakan aku bjaya bhenti puja kau dihati aku.. Doakan aku, one day nanti akn ada lelaki yg aku jaga aku sebaik aku jaga kau dlu...



"Di atas perit kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku dengan cintamu
Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Di saat luka kau tak ada
Di saat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu"

Tuesday, 7 June 2016

Lega

ASSALAMUALAIKUM

Huh! Sikit punya lega lah malam ni. Mati-matian ingat blog iols kena format. Gelabah tadi duk meronta2 tarik2 rambut sendiri sampai kusut masai gitu kat dalam bilik kolej ni ahahahah. Nasib baik dua2 roomate pun mengadap laptop. Tak ada lah dorang perasan kegilaan den tadi huhu

Acane boleh confuse sampai ingat blog dah kena format?

Pasal banyak nau akaun gmail then pi log in semua dalam laptop. Itu makan dia.....

Kesimpulannya, jangan buat akaun gmail banyak2 kahkah..

Selamat malam. Mimpi indah dan jangan mengigau mimpi berjalan ye? Hihihi

Sunday, 12 April 2015

Takdir Itu Kerja Allah

Pernah sesekali terlintas di minda, kenapa aku ditakdir jumpa dia? Pernah jugak terpikir dan tertanya kenapa aku perlu banyak 'belajar' macam-macam perkara, semua dengan dia. Dia seorang lelaki berumur awal 20-an. Bukan seorang yg kaya dengan wang ringgit, memiliki paras rupa yg sedap mata memandang, dan paling penting dia bukan seorg yg mulut manis. Style bercakap, tidak berlapik tapi jujur.Tapi jika diselami baik-baik hidup dan dirinya, aku atau korang, akan nampak sesuatu yg 'unik' dan 'istimewa' yg ramai tak dapat lihat. Sebab dia kaya dgn ilmu ttg hidup di dada.

Yes, aku mengaku, sayang aku yg mungkin melampau buat aku ikut segala apa yg dia minta. Pada aku, tak salah "follow" permintaan atau suruhan asalkan tak bagi kesan buruk kat diri kita. Ala chill, kita ni dah besar boleh berpikir kot mana baik buruk utk diri..

Tipulah kalau kata tak pernah menangis dan hampir "give up" berdiri sebelah dia dari sejak one year ago. Serious shit, ni relay paling agak mencabar. Yeah, aku mengaku, almost all part of he did actually karma utk aku. But, it doesn't mean that aku duduk diam, hentak kepala kat dinding, "awat aku buat ex2 aku gitu, sampai sekarang aku pulak rasa??!!". Back to the title, 'Takdir Itu Kerja Allah'.

Kau pikir aku gagah? Kau pikir aku gagah 'be the best among the best'? Kau pikir aku gagah cuba ubah 'virus' yg org previous tinggalkan? Kau pikir aku gagah?? Nope, serious tak. Setiap seorg aku cukup benci tgk muka dan dgr nama. Berkolam mata dan berapi hati bila aku tenung muka sorang-sorang. Tapi aku gagahkan jugak diri terus kuat berdiri dan nak berdiri sebelah dia. Aku tolak prinsip yg selalu aku dgr dan baca. "Tak perlu ubah diri dan cuba jadi sempurna utk sesorg. Jadilah diri sendiri". Ehhhh phui hui lah. Dia hadir lam hidup aku pun utk ubah apa2 kebebalan, kebenggapan, kebodohan dan segalanya yg ada dekat diri aku. DIA tahu apa yg terbaik utk aku, walaupun aku manusia paling teruk dan 'nakal' atas muka bumi ni.

Aku tak peduli apa org nak kata pasal aku dan relay ni. Selagi Allah kata aku still ada dgn dia, mana ada dia, aku cuba utk ada. Walaupun kebebalan dan kebodohan aku menebal dan meninggi dan melampau petang tadi. Tapi, itulah pengajaran utk aku. Kalau semua tu tak jadi, mungkin sampai ke tua ke mati aku careless. Walaupun pun sakit petang tadi. Takpe, itu semua sekejap je.

Apa pun jadi sekarang, aku hadap dgn hati yg redho dan tabah. Kuatkan diri dan matangkan diri dan cerdikkan diri. Tak perlu pandang belakang dan menyesal. Now is now.








"Permainan ini belum berakhir dan takkan pernah berakhir. Diri, mohon kuat dan tidak putus asa, kita perlu bermain utk s.e.l.a.m.a.n.y.a."











                                Dan aku mengaku aku berterima kasih hadirkan dia dalam hidup aku. 

Sunday, 30 November 2014

Apabila Lidah Dan Tangan Berbicara

Assalammualaikum..

Hai dear blog.. Hari laa ni, manusia dah kurang sangat dah ada skill pandai jaga hati orang.. Tak nak jaga hati orang tapi nak orang jaga hati dia.. Ish kira selfish lah tu kan? Tak jaga hati orang a.k.a sakitkan hati orang ni ada banyak jenis.. Contohnya, menuduh, menabur fitnah, memerli memaki orang, marah orang melebihi tahap kesalahan orang tersebut, mengaibkan orang, dan banyak lagi lah.. Jenuh kalau disenaraikan.. Memang berjela-jela la gamaknya post ni..

Hurm.. Bab menyakitkan hati orang ni jugak tak memilih jenis orang.. Tak kira yang baik atau yang nakal, sama je pergi dia.. Kadang-ii tengok orang tu lembut je bahasa badan dia.. Lembut je riak wajahnya.. Tapi sekali dia bukak mulut atau menaip.. Amik kau jah... Ternganga tercengang kita berangin satu badan semua bercampur..

Manusia.. Tak pernah lekang dari buat dosa.. Dosa kering dan dosa besar.. Tapi akak tapi abang.. Dosa tetap dosa..

Kita kena selalu beringat.. Haa dosa dengan Allah balasan dia makan dia seksaan neraka jahanam.. Jangan duk pikirkan tang tu jaa.. Kena tahu jugak ye, dosa sakitkan hati manusia nanti kat akhirat kena cari si sipolan semata nak mintak ampun dari dia.. Ayokkk.. Kena cari sampai dapat jumpa.. Bukan senang ok? Bukannya kecil, besar kat sana tu.. Berapa lama nak dapat jumpa si sipolan nak mintak maaf? Semata nak masuk syurga ni.. Selagi tak dapat ampun, nikmat syurga pun tersangkut ni..

So, nasihat kepada diri ni jugak, tak kiralah setinggi mana pun tahap keimanan, ketaqwaan, ketaatan kita kepada pencipta diri dan alam semesta ni, hal dunia pun akan bagi kesan kat akhirat nanti contohnya macam hal lidah berbisa ni.. Tetap kena jaga bedah-ii joyah-ii oiiii..


p/s: Dan satu lagi sebagai ingatan.. Pakaian cuma penampilan.. Pakaian bukan identiti diri.. Jangan sesekali bermegah dengan pakaian yang dipakai.. Yang jahat tidak semestinya 100% jahat.. Yang baik tidak semestinya 100% baik.. Tiada satu pun yang sempurna di bumi di dunia ni kecuali Allah S.W.T saja.. Perbaiki diri dari segi dunia dan akhirat untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.. Aminnnnnnn

Thursday, 19 December 2013

Senarai Barang-barang yang perlu dibawa oleh Pelatih PLKN

Yes(!!).. Akhirnya dapat juga saya tulis entry ni.. Well, SPM IS OVER.. Lagipun, baru pagi ni dapat bukan blog ni selama ni tak dapat dibuka.. Bila dapat je buka, haaa amik kawww.. Senyum sampai ke telinga.. Hehehehe.. Tapi tak boleh nak senyum sangat sebab terpilih dapat PLKN'2014 dalam Siri 11..


Tapi tapi lagi, saya ditempatkan dalam Kumpulan 2 atau 3.. Jadi, saya masih ada peluang untuk bersantai-santai di rumah sementara menunggu makluman penempatan kumpulan yang seterusnya.. Ok,, bagi bakal pelatih-pelatih yang masih tak pasti apa yang perlu dibawa, di bawah ni saya dah bantu senaraikan barang-barang yang perlu dan juga tak berapa perlu dibawa secara terperinci..

SENARAI BARANG KEPERLUAN PELATIH PLKN:

#Baju Melayu (Bagi lelaki muslim) 
#Baju Kurung (Bagi muslimah)
#Pakaian tidur
#Seluar Track Tidur
#Pakaian peribadi (Dalaman)
#Stoking
#Minyak Urut (In case sakit-sakit badan)
#Deodorant
#Berus gigi dan ubat gigi
#Pencuci muka
#Sabun mandi dan sabun untuk pakaian
#Tuala mandi
#Selipar mandi
#Penyikat rambut
#Telekung solat (Perempuan)
#Pengetip kuku
#Putik kapas 
#Pencukur (Paham-paham la yeee)
#Kasut sukan
#Alatan menulis
#Botol air
#Jam tangan dan jam loceng
#Ubat-ubatan peribadi (Panadol, Ubat Asma dll)

Itu sahaja yang terlintas dalam fikiran ni.. Kalau ada yang perlu dibawa tapi tak disenaraikan, maaflah ye.. Dan kalau ada barang yang disenaraikan tetapi tidak perlu dibawa, juga harap diampunkan ye.. Hehehe.. Selamat melapor sebagai Pelatih Siri 11/2014.. Good Luck Dear..

*Telefon bimbit boleh dibawa, tetapi akan diserahkan kepada pihak kem sebaik sahaja sampai di kem.. Kemudian para pelatih hanya akan dapat menggunakan telefon bimbit tersebut pada petang Jumaat sehingga petang Ahad.

Sekian.. Bubye.. (!)